Bahan-bahan:
Untuk lapis bawah :
1 kilo ubi kayu (kisar dan tapis, buang air tapisan)
3 cawan air*
1 cawan gula merah*
1 cawan gula pasir*
2 helai daun pandan*
*Campurkan, masak hingga mendidih dan tapis)
Untuk lapis atas :
1 cawan tepung beras
4 ½ cawan santan pekat
1 sudu teh garam
Cara:
Untuk lapis bawah :
1) Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang.
2) Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
3) Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.
Untuk lapis atas :
1) Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
2) Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar.Kacau selalu supaya tidak berketul-ketul dan tutup api.
3) Cakarcakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus semula selama 25 minit.
4) Sejukkan dan potong.
Sedia untuk dihidangkan.
credit: 100 Resepi Kuih muih Malaysia
Tuesday, October 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment