Sunday, November 15, 2009

TALAM KELEDEK


Bahan-bahan:

Untuk lapis bawah :

300 gram keledek merah (rebus dan lecek)
Santan cair dari ½ biji kelapa
150 gram tepung beras 
½ sudu teh garam
225 gram gula

Untuk lapis atas :

1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Cara :

Untuk lapis bawah :

1) Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang.
2) Kisar keledek bersama santan.
3) Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan kacau sebentar di atas api kecil.
4) Masukkan adunan dalam loyang kukus selama 20 minit.

Untuk lapis atas :

1) Campurkan kesemua adunan, tapis dan kacau sebentar di atas api kecil.
2) Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus semula selama 25 minit.
3) Sejukkan dan potong

Sedia untuk dihidangkan.

credit: 100 Resepi Kuih muih Malaysia

0 comments:

Post a Comment