Bahan-bahan:
Untuk lapis bawah :
425 gram kacang merah
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair
1 sudu teh garam
½ sudu teh pewarna merah
Untuk lapis atas :
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
½ sudu teh garam
Cara :
Untuk lapis bawah :
1) Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang.
2) Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapis.
3) Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4) Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak dalam ½ jam.
Untuk lapis atas :
1) Gaulkan semua bahan dan tapis. Masak adunan di atas api kecil.
2) Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit dan tuang santan atas permukaan kacang merah tadi. Kukus semula selama 25 minit.
3) Sejukkan dan potong
Sedia untuk dihidangkan.
credit: 100 Resepi Kuih muih Malaysia
Sunday, November 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment