Monday, October 12, 2009

WAJIK




Bahan-bahan:

7 pot beras pulut (rendam selama 5 jam dan kukus)
1 kg gula
½ kg gula merah
1 cawan air
4 santan pekat
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan (simpul)


Cara :

1) Masukkan gula, gula merah, daun pandan dan air di dalam periuk. Masak hingga gula
larut dan tapis.
2) Masukkan santan dan sambung mask hingga pekat.
3) Masukkan pulut yang telah dikukus dan kacau rata. Gaul hingga sebati dan berkilat.
4) Masukkan dalam loyang dan sejukkan. Potong dan hidang.
Sedia untuk dihidangkan.

credit: 100 Resepi Kuih muih Malaysia

0 comments:

Post a Comment